Sulit
6 tahun
Kesakitan di bahagian kemaluan
Saya wanita berumur 20an. Ceritanya begini, saya mengalami masalah sensetive dan gatal di bahagian kemaluan sebelum saya period jd saya potong bulu kemaluan utk mengurangkan rasa sakit. Tp sakit nya semakin teruk sehingga timbul biji2. Sepanjang period, sakit dan gatal berlanjutan dan skg dah habis period sakit dibahagian saluran kencing pula.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kesakitan pada kemaluan dan bintik-bintik yang terdapat pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran air kencing
- Penyakit herpes genital
- Luka pada kemaluan akibat pemotongan bulu
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































