Sulit
3 tahun
Kesakitan dibahagian zakar lelaki akibat gonorrea
Adakah jangkitan gonorrea boleh menyebabkan kesakitan pada zakar dan testis… Sy disahkan menghidap penyakit ini dan sudah mendapatkan rawatan tetapi masih merasa sakit di bahagian zakar dan testis sehingga mengganggu waktu tidur dan sukar melakukan sebarang kerja akibat sakit dibahagian terbabit
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara gejala-gejala gonorrhea yang boleh berlaku pada lelaki ialah:
- Ingin kencing selalu
- Keluar nanah daripada zakar
- Kesakitan sewaktu kencing
- Kesakitan dan bengkak pada buah zakar (testes)
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.