zaitun.amyra
2 tahun
Kesakitan Hidung yang sangat melampau dan telah berlaku lama
Saya telah mengalami kesakitan hidung ini dari umur 13 dan sekarang saya berumur 19 tahun.
Bagi tahun sebelumnya, saya sangat sensitive dengan pelbagai benda sebagai contoh saya tidak tahan dengan habuk, saya mempunyai alahan terhadap beberapa ubat sebagai contoh paracetamol, saya juga tidak boleh menggunakan tepung serbaguna seperti tepung pancake yang sedia ada di supermarket.
Ia akan membuatkan saya bersin dan mempunyai bengkak di dalam hidung, selepas itu saya akan mengalami gatal di bahagian telinga, mata dan membuatkan air mata mengalir dan akan bengkak di bahagian mata saya. ia juga akan berlaku jika saya terbangun lewat atau awal berbandinf dari waktu yang sepatutnya saya bangun, perubahan cuaca juga menjadi salah satu punca yang membuatkan hidung saya akan bertindak seperti di atas. Ia juga memberi kesan terhadap pernafasan saya yang cepat mengeluarkan bau yang tidak enak.
sebagai conclusion, hidung saya teramatlah sensitive.
jadi adakah saya perlu merujuk di hospital, kerana sudah bertahun saya mendapatkan rawatan dengan klinik kesihatan dan mereka hanya memberi ubat yang sama dan hanya berhasil sementara (ubat tidak lagi menunjuk hasil setelah digunakan untuk bulan ke 5-6).
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala hidung yang terlalu sensitif yang boleh tercetus akibat ubat-ubatan, habuk, cuaca, produk-produk makanan tertentu sehingga membuatkan pernafasan anda terganggu dan mengeluarkan bau yang tidak enak. Kami akan cuba memberi penjelasan.
Umumnya gejala hidung sensitif, hidung bengkak, gatal telinga dan mata berair, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- allergic rhinitis
- non-allergic rhinitis
- sinusitis
- jangkitan virus atau bakteria
Anda disarankan untuk berjumpa doktor dengan kadar segera sekiranya mengalami keadaan yang serius seperti:
- demam panas
- sesak nafas
- pening atau pitam
- darah atau cecair yang abnormal keluar dari hidung
Pegawai khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Tambahan lagi, anda juga amat digalakkan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami dapat mengenal pasti keadaan anda dengan lebih awal dan memberikan nasihat yang sesuai.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.