
Sulit
3 tahun
Kesakitan mata yang agak lama
kenapa ya mata saya kuat sakit then bila mengantuk akan rasa lah sakit tu pastu kerap jdi nk menjeling mata if buat macam tu still lagi sakit…the masa baru bangun tidur tu mesti akan rasa sakit smpai mlm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami bahawa anda sering mengalami episod sakit mata. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak punca kepada simptom sakit mata. Antara penyakit yang mempunyai gejala ini adalah:
- Jangkitan pada konjunktiva (alergi, bakteria atau viral)
- Ulser Kornea
- Radang sklera atau episklera
- Radang uvea atau iris
- Akut glaukoma
- Migrain
- Sakit kepala kluster
Banyak jenis penyakit yang mempunyai simptom sakit mata. Diagnosis yang tepat tidak dapat diberi tanpa sejarah penyakit, pemeriksaan fizikal serta ujian yang sepatutnya.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
ubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.