
Sulit
3 tahun
Kesakitan pada bahagian bawah perut
Saya tiba-tiba mengalami kesakitan pada bahagian bawah perut sehingga saya tidak mampu untuk menggerakkan badan sama sakali. Sakit nya seperti sembelit tetapi bukan sembelit.Apakah penyebab kesakitan ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Berdasarkan pertanyaan anda, anda ingin mengetahui penyebab kesakitan pada bahagian bawah perut. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya sembelit berlaku apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis, atas beberapa faktor.
Untuk makluman anda juga, sakit perut bahagian bawah boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya:
- Jangkitan pundi kencing
- Sakit perut haid
- Batu karang pundi kencing
- Masalah berkaitan rahim seperti endometriosis
Sesetengah punca ini adalah serius dan memerlukan perhatian dan rawatan segera. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor. Hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.