
Sulit
5 tahun
Kesakitan pada ibu jari kaki apabila berjalan dan menyentuh permukaan tanah
Salam,sy mngalami mslh nyeri² pd bhgian ibu jari kaki kiri slma 3-4hr.sy juga adlah pesakit Weber-Christian disease under rheumatoid arthritis.keadaan ini blm pnh sy alami

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah salur darah ibu jari tersumbat
- masalah saraf
- trauma
- gout
- Penyakit Buerger
- Penyakit Raynaud
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.