
nrlftnn07
5 tahun
Kesakitan saat membuang air kecil
Saya wanita berumur 23tahun. Belum berkahwin. Saya mengalamni kesukaran untuk membuang air kecil. Saya merasa sakit saat membuang air kecil. Dan apabila merasa ingin membuang air kecil hanya menitis sahaja yang keluar dan terasa sangat sakit di bahagian vagina. Apakah yang perlu saya lakukan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan pada salur kencing
- jangkitan kelamin
- radang vagina
- batu karang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.