
Sulit
4 tahun
Kesakitan sebalah kepala dan mata berair merah. Kekerapan sehingga stress dan mnjejaskan kesihatan dan meningkatkan berat bdan
Hi Doc,
Saya seorg cust service di sebuah fast food. Saya mngalami kesakitan kepala yg kerap di sebelah bahagian. Kadang2 kiri da adakala kanan. Kesakitan yang saya rse sehingga kan tidak boleh melihat cahaya. Mata saya berair dan kemerahan. Saya memakai lens. Ada kala ketika saya tido mata saya berair tidak henti dan adakala terlalu kering da perit. Saya kerap mngambil ubat tahan skit.
Selepas bersalin anak no 3 kekerapan skit kepala membuat kan saya stress dan meningkatkan berat bdan.
Apa yang perlu saya lakukan selain pngambilan ubat tahan skit?
Apa punca mnyebabkan kesakitan kepala dan mata yg saya alami?
Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit kepala yang boleh beralih bahagian kanan atau bahagian kiri sehingga boleh menyebabkan gangguan penglihatan serta kemerahan pada mata. Adalah kemungkinan bahawa masalah masalah penglihatan serta kemerahan boleh disebabkan oleh sakit kepala, ataupun sebaliknya. Sakit kepala yang seperti anda perihalkan ini lebih dikenali sebagai sakit kepala ketegangan ataupun Tension Headache
Terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai punca sakit kepala anda iaitu:
- Gangguan stress atau emosi
- Ketengan pada mata
- Kurang tidur atau rehat
- Pemakanan yang tidak seimbang serta kurang vitamin
- Senaman yang kurang
- Tekanan darah tinggi
- Jangkitan kuman pada otak atau salur darah kepala.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Walaubagaimanapun, menurut situasi anda, kemungkinan besar sakit kepala anda boleh berpunca daripada ketegangan mata yang boleh disebabkan oleh pemakaian kanta lekap yang tidak sesuai dengan tahap kerabunan penglihatan. Sekiranya gejala mata merah itu didahului sebelum sakit kepala, kemungkinan terdapat alahan atau jangkitan pada mata yang merebak dari penggunaan kanta lekap yang tidak bersih.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan serta jika anda mengalami simptom-simptom lain seperti muntah, loya, hilang kesedaran, sesak nafas, dan sakit dada.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.