
Sulit
5 tahun
Kesakitan urat di bahagian belakang
Saya mxengandung 22 minggu. Boleh tak saya makan panadol extend utk kurangkan kesakitan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Secara amnya, ubat paracetomol tidak memberi kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan. Maka ubat ini selamat untuk diambil ketika mengandung. Akan tetapi, amat disarankan untuk anda mengambil ubat ini dalam dos efektif yang paling rendah untuk jangka masa yang pendek sahaja.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.