
Sulit
4 tahun
Kesan antibiotik kpd pil perancang & spotting selepas 7 hari
Saya berumur 28tahun, baru2 ini saya mengambil escapelle selepas beberapa jam melakukan seks. saya mengalami masalah kencing tidak lawas, maka saya mengambil antibiotik selama 4 hari. Hari ke 7 selepas pengambilan escapelle itu, saya mengalami spotting, cirit birit, dizzy. Adekah effect pengambilan escapelle mengambil masa sebegitu lama utk menunjukkan side effect? Atau adakah possibility pil yg diambil tidak berkesan kerana antibiotik yg diambil?
saya juga bingung jika puasa saya dikira sah walaupun spotting saya agak banyak dan memerlukan saya pakai panty liner.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami bukan disebabkan pengambilan antibiotik dan pil perancang kecemasan. Pil perancang kecemasan ini mengandungi hormon levonogestrel untuk menghalang kandungan berlaku. Terdapat beberapa kesan sampingan ubat ini seperti:
- Sakit kepala
- Loya dan muntah
- Sakit perut
- Pendarahan selain dari darah haid (spotting)
- Keletihan
- Lewat datang haid
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.