
Sulit
4 tahun
Kesan bau ubat gegat
Apakah kesan bau ubat gegar sekiranya bau tersebut masuk ke dalam makanan? Apakah ada kesan kesan yang berat untuk kesihatan dan apakah simptom yang akan dihidapi? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, ubat gegat mengandungi bahan kimia dan digunakan untuk mencegah haiwan perosak. Ubat gegat sepatutnya dihindari daripada makanan. Walaupun tidak ada bukti kesannya secara langsung dan mendadak kepada tubuh badan kita, namun memandangkan ia mengandungi bahan kimia tertentu, ia boleh mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Ubat gegat perlu dielakkan terutamanya bagi individu yang mengalami masalah penyakit G6PD dan bayi atau kanak-kanak.
Sila berjumpa dengan doktor jika anda mengalami gejala seperti:
- demam
- lesu, letih, tidak bermaya
- pening kepala
- mual, muntah
- kesukaran bernafas
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih