Sulit
2 tahun
Kesan biru selepas suntikan vaksin Covid-19
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,
Pada 07.06.2021, ibu saya telah disuntik vaksin CoronaVac, selepas suntikan tiada kesan sampingan. Tapi pada 09.06.2021, timbul kesan berwarna biru ditempat suntikan. Perlukah ke klinik kesihatan untuk penilaian doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Soalan yang ada ajukan adalah berkenaan kesan sampingan vaksin Coronavac dan anda ingin mengetahui sama ada kesan yang dialami oleh ibu anda perlu dirujuk kepada doktor ataupun tidak.
Kesan sampingan vaksin COVID-19 yang boleh berlaku adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
Biasa berlaku:
- Merah, bengkak/lebam, gatal atau sakit pada kawasan suntikan
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Loya
- Demam
- Sakit otot
Jarang berlaku:
- Bengkak kelenjar
- Sakit anggota badan
- Pitam
- Kurang selera makan
- Sakit perut
Oleh itu anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian bagi mendapatkan keterangan lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini