
iffakamalludin19
5 tahun
Kesan dadah pada usia tua
Suami kerap mengadu sakit Dan cramp di bahagian dada, Dan perutnya kembung Dan mengeras sdgkn makan tk byk, tp suami bekerja di catering Dan selalu rasa makanan sikit and pelbagai… Dulu suami ada mengambil dadah, Dan setelah sekian lama Doctor ckp tiada ubat yg blh mengubati sakit cramp itu. Bagi ubat saraf pun tk Jalan, apa yg perlu saya lakukan doctor utk mengurangkan sakit suami saya Dan betulkah tiada ubat langsung utk mereka yg ambil dadah? Adakah perut kembung suami saya disebabkan oleh dadah atau pengambilan makanan sebegitu di catering Dan adakah apa2 cara utk kempiskn perut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sakit dada ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Masalah kembung perut disebabkan perkara berikut:
- pedih ulu hati GERD
- Usus tidak selesa (Irritable bowel syndrome)
- Sensitif atau alahan pada makanan
Setiap penyakit mempunyai penawar begitu juga penyakit yang suami anda hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi yang tidak diingini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.