
Sulit
4 tahun
Kesan daripada covid
Isteri saya berumur 32 tahun telah dijangkiti covid sebulan yg lalu.dia tiada simptom cuma penat lesu sahaja setelah pulang dari kuarantin dalam masa seminggu lebih dia berasa macam ada terlekat di tekak dan makan makanan pedas dia akan rasa pedih di bahagian kiri tekak dan kadang2 banyak air liur kerap untuk meludah Dan isteri telah berjumpa dengan doktor di klinik dan doktor tersebut menyatakan dia terkene serangan gerd asid perut naik ke atas.ada kah betul kesan sampingan dari covid

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tiada maklumat yang menyatakan bahawa COVID-19 boleh menyebabkan GERD (Refluks asid). Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan GERD seperti:
- Berat badan yang berlebihan
- Stress.
- Hiatal Hernia (sebahagian daripada perut memasuki bahagian atas diafragma)
- Makanan dalam kuantiti yang banyak
- Pengambilan beberapa jenis makanan seperti makanan yang pedas, minuman berkarbonat, coklat dan kopi.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini