
Sulit
3 tahun
Kesan dos ke 2 pfizer
sy lelaki 32 thn, kesan selepas dos ke 2 pfizer, badan mudah penat , merasa tidak puas ketika ingin bernafas, rse sperti smpit, badan keletihan dan sakit2,kaki dan tngn terasa mcm kebas, sblm ambil vaksin xprnah rse mcm ni…

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mengalami gejala keletihan, tidak puas nafas, dan tangan dan kaki berasa kebas selepas mengambil dos kedua vaksin. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan pengambilan vaksin Covid-19 adalah seperti berikut :
- Demam
- Mengigil
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Sakit sendi dan otot
- Keletihan
- Sakit dan bengkak pada tempat suntikan
Gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh vaksin. Kesan sampingan vaksin akan reda selepas beberapa hari. Jika gejala anda masih berterusan ataupun bertambah teruk, sila rujuk kepada doktor untuk rawatan lanjut. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini