
intanchah95
5 tahun
Kesan gatal pada faraj
Hai . Sy intan . umur 24 tahun . Seorang ibu muda . Sekarang sy sedang alami kegatalan pada faraj , dan ada kesan putih yg banyak pada permukaan faraj . Sekarang terasa macam pedih+panas pada faraj . Boleh ke sy tahu apa masalah yg sy alami sekarang ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan doktor.
Jangkitan kulat di faraj adalah jangkitan yis biasa atau dikenali sebagai Candida yang memberi kesan kepada lelaki dan wanita. Ia biasanya tidak berbahaya tetapi ia boleh menjadi tidak selesa dan terus kembali. Untuk pengetahuan anda, ia tidak diklasifikasikan sebagai jangkitan seksual (STI). Para saintis menganggarkan bahawa kira-kira 20% wanita biasanya mempunyai Candida di dalam vagina tanpa sebarang simptom.
Rawatan jangkitan kulat faraj biasanya menggunakan ubat antikulat. Ubat in terdapat dalam pelbagai bentuk seperti ubat makan, ubat yang anda masukkan ke dalam vagina anda (pessary) atau krim untuk melegakan kerengsaan. Jangkitan kulit faraj biasanya akan elok dalam masa seminggu, selepas 1 dos ubat atau menggunakan krim setiap hari.
Pemakaian seluar dalam yang dibuat daripada kapas boleh membantu mengurangkan kemungkinan mendapat jangkitan yis. Pengambilan ubat antibiotik untuk tempoh yang berlarutan juga boleh menyebabkan jangkitan kulat faraj. Anda dinasihati untuk mengambil ubat antibiotik hanya apabila diperlukan dan betul-betul seperti apa yang doktor anda memberitahu anda.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.