
Anonymous
6 tahun
Kesan jangka panjang postinor
Hai doctor,saya wanita berusia 28 tahun dan PJJ dgn suami.Dah hampir 2 tahun saya rancanf kehamilan bersama suami dgn gunakan postinor mmndgkan kami belum merancang untuk ada anak buat masa ini mmndangkan suami kerja offshore dah ada di rumah xtentu masa.Adakala seminggu je dalam sebulan.
Saya hanya makan POSTINOR Selepeas bersama.Boleh dikatakan sebulan 2 papan( 2 minggu 1 stripe) sy akan makan postinor jika suami sy pulang ke rumah & bersama.
Kesannya :
saya mengalami masalah jerawat di sekitar dagu & rahang.Serta saya mula kena allergic di kedua belah tangan,naik bijik₂ kecil seperti ruam dan gatal.
Adakah itu normal ?Dan saya nak tanya,adakah saya akan mandul dimasa akan dtg jika saya teruskan dengan postinor sehingga kami bersedia untuk dapatkan anak sbb org menakutkan₂ saya begitu.
Harap doktor dapat membantu.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan pengambilan pil postinor yang biasa adalah keletihan, mual dan muntah. Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit.
Dalam sesetengah kes, 2-3 hari selepas penembusan pengambilan tablet atau keluar pendarahan mungkin akan berlaku di mana kebiasanya ia akan berhenti secara spontan. Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan seperti maklumat tentang latar belakang kesihatan anda. Pemeriksaan dan ujian yang selanjutnya juga diperlukan untuk mendapatkan pengesahan.
Kami faham bahawa masalah ini adalah amat merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih