
Sulit
3 tahun
Kesan jika lewat buka Implan. Apakah Bole mengandung
Saya pasang Implan pada 6.4.2018. Dan sepatutnya buka Implan pada 6.4.2021.
Tapi hingga harini belum buka Implan
- Apakah melambatkan buka Implan ada kesan sampingan?
- Adakah dengan lambat buka Implan saya Bole mengandung?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarakan pertanyaan anda, anda ingin mengetahui tentang kesan sekiranya implan lambat dibuka. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda.
Untuk pengetahuan puan, menangguh pembukaan implan lazimnya tidak digalakkan sekiranya seseorang wanita itu masih berisiko untuk hamil. Hal ini kerana implan yang sudah melebihi tarikh luput tidak lagi dapat berfungsi untuk mencegah kehamilan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk ke hospital atau klinik yang berdekatan bagi mendapatkan bantuan selanjutnya.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.