
Sulit
3 tahun
Kesan Keputusan Saringan Swab Test kepada penerima vaksin?
Saya telah menerima vaksin Cominarty @ Pfizer dos pertama.
- Dalam masa berapa lama (tempoh) selepas divaksin saya boleh buat saringan swab test ?
- Adakah vaksin selepas cucuk (kurang dari 24 jam) akan memberi kesan terhadap keputusan swab test yang dibuat ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan diatas, anda ingin mengetahui sekiranya vaksinasi akan mempengaruhi keputusan saringan swab test COVID-19. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda.
Umumnya vaksin COVID-19 tidak akan mempengaruhi hasil ujian saringan COVID-19. Namun begitu, kajian mendapati bahawa, vaksin COVID-19 berpotensi untuk mempengaruhi pemeriksaan antibodi seseorang.
Oleh kerana kajian terkini mendapati individu yang telah di vaksin juga masih boleh dijangkiti COVID-19 (namun risiko mendapat komplikasi amat rendah), anda disarankan untuk melakukan ujian saringan sekiranya berasa anda terdedah kepada sumber jangkitan.
Untuk maklumat lanjut anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian. Kami sedia membantu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini