
Sulit
3 tahun
Kesan makan pil perancang
Saya baru tukar pil perancang noriday ke pil 21 Hari atas Saranan Dr. Sebab saya dah tak beri Susu badan anak saya lagi.saya nak Tanya
minggu pertama dalam tempoh 7 Hari perlu ke saya ambil langkah pencegaham awal seperti pakai kondom bila bersama dengan suami.
dalam tempoh 7 Hari stop tak makan pil in case saya tak datang Bulan boleh ke bersama dengan pasangan Tanpa pakai apa2 protection ? seperti kondom .ke tidak perlu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Sekiranya anda menukar pil perancang tanpa menunggu beberapa hari, anda tidak perlu menggunakan kaedah pencegahan kehamilan yang lain seperti kondom. Namun, kami mengesyorkan anda untuk menggunakan kaedah perancang lain seperti kondom untuk 7-9 hari supaya badan anda boleh menyesuaikan diri dengan ubat perancang baru. Namun, ini adalah secara umum dan kami perlu melihat sejarah pengambilan ubat perancang anda sebelum memberikan kepastian.
Pil 21-hari adalah pil yang perlu diambil untuk tempoh 21 hari dari hari pertama kitaran haid (Hari pertama selepas haid berakhir). Anda tidak perlu mengambil pil untuk 7 hari semasa datang haid. Namun, bukan semua wanita mempunyai kitaran haid yang sama. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk menggunakan kaedah perancang lain jika ingin bersama dengan pasangan semasa tidak datang haid.
Anda boleh mendapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami supaya nasihat yang lebih tepat dapat diberikan untuk anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.