Sulit
4 tahun
Kesan Mecabalamin terhadap pengidap hipetensi
Saya wanita berusia 45 tahun dan pengidap hipetensi , bolehkah Saya mengambil ubat mecobalamin ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan ubat Mecobalamin iaitu sejenis suplemen vitamin B12. Ianya boleh diambil meskipun dengan penyakit darah tinggi. Ubat ini diambil bagi mereka yang kurang sel darah merah, sakit saraf atau ulser mulut akibat kurang vitamin B12. Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan atau ingin bertanya mengenai suplemen atau ubat-ubatan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.