
Anonymous
6 tahun
Kesan mengambil pencegah kehamilan
Saya wanita berumur 29 tahun, sudah berkahwin, saya ingin bertanya kepada doc, saya sudah setahun lebih mengambil pencegah kehamilan jenis cucuk 3bulan sekali, masalah skrg saya dh bhenti mengambil pencegah kehamilan, dan melakukan hubungan kelamin, adakah kesan ubat itu masih ada dalam tubuh saya atau saya boleh hamil terus…
Terima kasih doc

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Setelah anda berhenti mengambil suntikan ini, kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun. Jadi ini menyebabkan anda sukar untuk hamil dalam masa terdekat setelah berhenti dari suntikan depo.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!