
Anonymous
4 tahun
Kesan merokok ibu hamil kepada bayi doktir
doktor … apakah kesan utama yang boleh terjadi kepada bayi bila ibu hamil hisap rokok ??? tetapi pengambilan bukan selalu

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Merokok semasa hamil akan:
- Menguurangkan jumlah oksigen yang tersedia untuk anda dan bayi anda yang semakin membesar
- Meningkatkan kadar denyutan bayi anda
- Meningkatkan kemungkinan keguguran dan kelahiran mati
- Meningkatkan risiko bayi anda dilahirkan dengan pramatang dan / atau dilahirkan dengan berat lahir rendah
- Meningkatkan risiko bayi anda mengalami masalah pernafasan (paru-paru)
- Meningkatkan risiko kecacatan kelahiran
- Meningkatkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut
Lebih banyak rokok yang anda ambil setiap hari, semakin banyak peluang bayi anda untuk mendapat masalah-masalah kesihatan ini dan lain-lain.
Tidak ada tahap “selamat” merokok semasa mengandung.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.