Sulit
3 tahun
Kesan Morning after pill kepada wanita dalam pntang
Wanita dalam pantang, selepas 4minggu boleh hamil atau tidak? Boleh atau tidak jika Wanita tersebut mengambil pil “morning after” jika masih didalam pantang (31minggu)?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
- Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Tidak diketahui sama ada Postinor-2 berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Sewaktu berpantang, tidak diketahui jika ia menjejaskan kesihatan anda. Namun, jika anda sedang menyusu, ia lebih harus diberi pertimbangan. Postinor-2 tidak menjejaskan sama ada kuantiti atau kualiti susu yang dihasilkan oleh payudara anda. Sebaliknya, hormon dari pil boleh disalurkan melalui susu ibu, namun, anak anda mungkin tidak akan mengalami apa-apa kesan buruk daripadanya. Sebaiknya adalah tidak menyusukan sekurang-kurangnya 3 hari selepas menggunakan Postinor-2.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih