
Anonymous
5 tahun
Kesan pd janin ambil suntikan depo jika waktu itu kita hamil tanpa sedar
Hi doktor. Saya Ingin bertanya. Berkenaan dengan Suntikan perancang kehamilan. Sy complete miscarriage pd 10 may. Dan Ingin mengambil Suntikan depo. Pada hari ni adalah hari ke 19 selepas hari complete miscriege. Jika saya teruskan suntikan pada masa ini, Dan jika pada masa yg sama sy hamil tanpa sedar(bersama pd hari ke 17 ttp pancut melalui luar) adekah ia mmbri kesan trhdp mngmbil Suntikan tersebt kpd jnin?Adkh dpt mmbesar scra normal or brlku kcctn.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Untuk pengetahuan anda kajian telah dilakukan dan hasilnya tiada kecacatan kelahiran dengan penggunaan suntikan Depo Provera pada trimester pertama. Kajian tidak menunjukkan masalah kesihatan jangka panjang dari penggunaan Depo Provera semasa kehamilan.
Tiada kajian bahawa suntikan Depo Provera menyebabkan peluang yang tinggi untuk kehamilan ektopik (apabila telur disenyawakan implan di tempat lain selain rahim), atau kehilangan kehamilan. Apabila anda tahu anda hamil, anda tidak seharusnya terus mendapatkan suntikan Depo Provera.
Untuk membuat kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.