
Sulit
5 tahun
Kesan pemakanan ubat henti period berpanjangan
Saya wanita usia 35 tahun. Baru² saya ada berjumpa doktor berhubung period saya yabg berpanjangan. Saya dibekalkan ubat tran capsule untuk hentikan period. Soalan saya. Adakah darah period (berwarna coklat) akan keluar byk slps makan ubat tersebut atau dia akan stop serus. Sbb kuantiti darah period saya byk dr sebelum ini (yg hanya kesan² coklat sahaja) sblm

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cecair berwarna coklat yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Kesan ubat yang diberikan
Cecair ini mungkin mengambil masa beberapa hari untuk hilang berikutan pengambilan ubat yang anda terima. Sekiranya anda mempunyai gejala lain seperti sakit perut/pinggang, demam ataupun kegatalan, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.