
Sulit
3 tahun
Kesan pengambilan panadol
Adakah bahaya sekiranya kita mengambil panadol selepas suntikan vaksid covi jika kita mengalami kesan sampingan atau perlu dielakkan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda. Berdasarkan kenyataan anda, tiada masalah untuk mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol untuk melegakan kesan sampingan yang dialami seperti sakit atau ketidakselesaan di tempat suntikan.
Berikut merupakan kesan sampingan vaksin COVID-19 ataupun vaksin secara amnya:
- Demam
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Lemah dan lesu badan
- Sakit, kemerahan, bengkak di bahagian suntikan
- Reaksi alahan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini