
nurulhananirdina
4 tahun
Kesan pengambilan ubat jangka masa panjang
Doktor,saya nak tanya…sekarang saya tengah on ubat bisoprolol 1.25mg sehari…dan kena ambil hari2 sampai bila2 atas masalah jantung laju…cuma persoalan saya,ubat bisoprolol yg sy ambil dlm jgka masa panjang ni blh jejaskn fungsi hati dan buah pinggang tak?umur saya sekarang 29 tahun…dan masalah ini trjadi semasa sy pregnant ank kedua sy dgn jantung berdebar…sy mempunyai masalah org sekeliling beritahu ubat kimia tak baik utk badan dan organ jika diambil dlm jgka masa panjang…saya sekarang rasa tertekan…dan saya tahu jika tak ambil ubat tersebut lagi berisiko utk jantung saya…tapi sekarang sy selalu rasa kesan ubat tersebut seperti sakit kepala,kurang fokus,perut rasa berangin mcm gastrik,depression…saya sudah maklum pada doktor ,tapi doktor beritahu yg tiada ubat lain yang sesuai…boleh doktor terangkan tentang kesan ubat ini boleh rosakkan organ atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, rawatan ini diberikan oleh doktor anda atas dasar masalah jantung anda. Jika anda tidak merawat masalah degupan jantung anda, ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung dan hal ini boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan anda.
Setiap ubat memberi kesan sampingan kepada badan. Ubat Paracetamol boleh menyebabkan kerosakan hati jika diambil berlebihan. Ubat selesema boleh menyebabkan reaksi alahan yang boleh menyebabkan salur nafas terjejas. Namun, kesan sampingan yang anda hadapi tidak boleh menandingi bahaya kegagalan jantung akibat masalah degupan jantung yang tidak dirawat. Apabila jantung dipam dengan laju, jantung anda akan berkerja kuat sehingga menyebabkan jantung membengkak. Apabila ia bengkak, terdapat risiko jantung untuk gagal berfungsi. Sebagai doktor, kami dididik untuk berfikir apakah langkah yang terbaik untuk merawat seseorang pesakit dan berdasarkan masalah yang anda hadapi, mengambil ubat ini lebih baik berbanding tidak mengambil sebarang rawatan semata-mata kesan sampingan yang kurang mengancam nyawa anda.
Pihak kami menyarankan agar anda menghiraukan kata-kata orang lain yang tiada kepakaran dalam bidang perubatan. Ubat ini tidak mengandungi bahan kimia seperti racun yang boleh merosakkan organ anda tanpa sebarang masalah lain. Namun, jika anda tidak merawat masalah degupan jantung anda yang laju, ia boleh mengakibatkan kegagalan fungsi jantung.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.