
Sulit
4 tahun
Kesan pil perancang makin teruk
Saya dan isteri decide utk ambil pil perancang( postinor-2) disebabkan kami masih belum ready dan busy utk ada anak lg. Setelah isteri saya makan ubat tu. Kesan2 yg isteri saya alami, Esok tu mula2 rasa pening. Tekak loya, muntah, Sakit pinggang, Bleeding start tp darah kelua sikit2 tp pekat. darah keluar bukan waktu haid keluar. Sudah 3 hari berturut2 keluar darah. Adakah ini kesan yg normal dr sampingan pil tu? Adakah akan kembali normal?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Seperti yang diketahui oleh pihak anda dan isteri, pil perancang postinor-2 boleh digunakan sebagai pil perancang kehamilan
Walaubagaimanapun, pil perancang kehamilan yang isteri anda ambil iaitu postinor-2 boleh memberikan kesan-kesan sampingan seperti
- Pening kepala
- Pengeluaran darah dari alat sulit wanita di luar tempoh haid
- Cirit birit
- Muntah
- Sakit perut
- Sakit pinggang
Untuk mengetahui jika pil perancang kehamilan ini sesuai untuk isteri anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini(DoctorOnCall EPharma) secara peribadi melalui atas talian. Usah khuatir, privasi anda kami akan jaga. Terima kasih