
Anonymous
6 tahun
Kesan pil postinour2
Hi Doctor…Saya nk tya,berapa lama pil postinour2 beri kesan slepas sy mkn pil tsebut? Adakah Saya akan mngandung lagi jika dlm tmpoh tdekat?

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, pil postinor adalah pil perancang kecemasan yang perlu diambil dalam tempoh 72 jam selepas melakukan hubungan seksual. Sekiranya anda melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan selepas itu, pil itu tidak lagi berkesan selepas tempoh tersebut.
Oleh itu, maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui sekiranya anda mengalami sebarang masalah haid. Anda boleh periksa kebarangkalian hamil dengan menggunakan alat pemeriksa kehamilan dari farmasi terdekat.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian tentang sebarang kerunsingan atau persoalan. Terima kasih.