Sulit
3 tahun
Kesan postinor kepada period
Hi doc, saya nak tanya. Contohnya this one person had sex today and then she consumed postinor but lusa dia had sex lagi and took postinor again. Apa effect dia ya? And period cycle dia jadi macam mana ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat postinor mempunyai dos hormon progesteron yang tinggi. Jika diambil secara berkala, hormon ini tidak akan ada dalam badan anda terlalu lama untuk membawa kesan sampingan yang terlalu merbahaya. Oleh itu, kerana anda mengambil postinor 2 kali dalam satu kitaran haid, anda mungkin akan mengalami kesan sampingan yang lebih nyata seperti:
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan fara
- Tindak balas kulit
- Haid tidak teratur
- Pendarahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Anda juga boleh mendapatkan pendapat doktor pakar wanita kami di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.