
Sulit
5 tahun
Kesan postinor terhadap kitaran haid
Hi doc. Sy berusia 20 tahun . Haid sy bermula 17/10 dan berakhir 23/10 . Pada 24/10 sy melakukan hubungan seks tanpa perlindungan dan keesokannya sy mengambil postinor 2. 4 hari kemudian terdapat darah yg keluar selama 3-4 hari. Sehingga skrg sy tidak datang haid. Adakah itu normal? Sy telah lakukan utp test pada 15/11 dan 24/11 tetapi negative. Adakah itu kesan ubat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan (seperti yang anda telah lakukan)
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Pil tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:
- muntah dan loya
- kitaran haid berubah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.