
Sulit
4 tahun
Kesan postinour2 menyebabkan haid berlaku dua kali
Doktor saya dan suami saya melakukan seks selepas melakukan nya saya terus makan postinour 2 tidak lama kemudia saya datang haid …tetapi saya datang haid dalam dua kali sebulan kerana kami melakukanya pada waktu selepas period …dan pada bulan seterusnya saya tidak datang haid …soalan saya adakah itu normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan dari faraj yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan pengambilan pil kecemasan - akibat ketidakstabilan hormon
- Pendarahan dari fibroid atau polip dalam rahim
- Masalah pembekuan darah
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.