Sulit
2 tahun
Kesan sampingan booster dose (Pfizer)
Hi Dr. Saya perempuan berumur 23 tahun. Pada 19.11 saya telah menerima suntikan booster dose. Kesan sampingan yang saya dapat adalah demam, cirit birit, bengkak, kemerahan dan rasa sakit di tempat suntikan. Hari ni dah hari ke 4 selepas saya menerima booster dose. Adakah kesan tersebut normal Dr? Walaupun dah melebihi 3 hari dari tarikh dos suntikan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Ya. Simptom-simptom yang anda sedang mengalami adalah kesan-kesan sampingan biasa lepas suntikan vaksin COVID-19. Jika, simptom anda berlarutan dan bertambah banyak, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk diperiksakan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini