
Sulit
4 tahun
Kesan sampingan dari pemindahan darah
Saya lelaki berumur 40 tahun…saya demam dan doktor sah kan dengki…jadi doktor meminta izin saya untuk pemindahan darah masuk dalam badan saya…tapi selepas pemindahan darah tu tekanan darah tinggi saya mendadak…adakah lesan jangka panjang kesan dari pemindahan darah tu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah anda. Untuk makluman pihak anda, pihak kami tidak mempunyai maklumat yang cukup serta tidak melakukan pemeriksaan ke atas anda.
Namun berkenaan permindahan darah, walaupun ia mempunyai kesan sampingan namun jika dilakukan dengan betul beserta pengawasan doktor, kaedah ini selamat untuk digunakan.
Antara kesan sampingan pemindahan darah adalah:
- air kencing keruh/kotor
- sakit belakang
- pening
- demam
- sakit di bahagian tepi abdomen
- sesak nafas
Mengenai permasalahan yang dihadapi oleh anda iaitu darah tinggi, perkara ini tidak dapat dipastikan adakah ia berpunca daripada proses pemindahan darah atau sebaliknya.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan . Terima kasih.