
Anonymous
2 tahun
Kesan sampingan masa akan datang prednisolone
Saya wanita yang sudah makan ubat ini lebih dari 10 tahun… kesan sampingan apakah yang paling teruk yg mungkin sya alami dan saya memgambil 10 mg sehari kerana saya mengidap remuthoid athritis. Apakah ubat yang sepatutnya saya ambil dan selamat ke saya untuk ambil ubat ini secara berteruasan?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Prednisolone adalah sejenis ubat yang mengandungi steroid. Biasanya ia digunakan bagi merawat masalah keradangan seperti rheumatoid arthritis.
Antara kesan sampingan prednisolone ialah:
- Cushing’s syndrome: simptom yang boleh wujud akibat pengambilan steroid dalam jangka masa yang lama seperti benjolan bada belakang tengkuk, kegemukan, kulit nipis, rambut kasar, muka bengkak dan lain-lain
- Diabetes
- Darah tinggi
- Kolesterol tinggi
- Tulang rapuh
- Kemurungan
Terdapat banyak lagi kesan sampingan lain steroid, oleh itu sekiranya anda perlu mengambilnya dalam masa yang panjang, anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor bagi mengambil langkah pencegahan masalah-masalah yang mungkin timbul seperti:
- Penjagaan tulang dengan supplement
- Mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengrangkan risiko diabetes, darah tinggi dan kolesterol
- Berhati-hati agar tidak tercedera kerana steroid menyebabkan imuniti rendah dan luka lambat pulih
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan pandangan lanjut tentang pengambilan steriod anda. Terima kasih.