
Sasha
6 tahun
Kesan sampingan operation tonsil
Dr, boleh terangkan kesan sampingan operation tonsil?

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda. Pembedahan tonsil atau tonsillectomy adalah salah satu pembedahan yang biasa dalam kalangan kanak-kanak. Tonsillectomy ialah pembedahan dimana kedua-dua tisu tonsil di belakang kerongong dikeluarkan. Ia biasanya dilakukan untuk penyakit tonsilitis yang berulang, pendarahan tonsil, kesukaran bernafas yang disebabkan oleh pembesaran tonsil dan penyakit tonsil lain seketi kanser tonsil. Seperti pembedahan mulut yang lain, pembedahan tonsil juga mempunyai risiko.
Terdapat beberapa langkah yang anda boleh mengambil di rumah untuk pesakit yang menjalani pembedahan tonsil:
- Ubat: Pesakit akan diberi ubat penahan sakit dan ubat antibiotic. Pesakit digalakkan mengambil ubat yang diberikan dengan betul dan tidak meninggalkan dos
- Kebersihan mulut: Pesakit perlu sentiasa memastikan mulut sentiasa bersih sepanjang proses penyembuhan. Hal ini kerana mulut yang kotor akan mnegundang jangkitan kuman kepada bahagian yang menjalani pembedahan. Penggunaan cecair kumuran akan mencepatkan proses penyembuhan.
- Sajian makanan: Makanan keras harus dielakkan pada hari pertama dan kedua selepas pembedahan. Diet cecair yang berkalori tinggi harus diamalkan pada hari pertama pembedahan. Makanan sejuk seperti aiskrim akan membantu proses pengunyahan dan penelanan.
- Aktiviti harian: Pesakit haruslah berehat secukupnya dan mengelakkan daripada melakukan aktiviti berat.
- Merokok: Merokok adalah dilarang kerana ia akan menganggu proses penyembuhan
- Lawatan dan temu janji berikut: Pesakit haruslah mengikuti temu janji yang diberikan selepas keluar dari hospital. Ini akan membolehkan perawat memeriksa dan menilai tahap penyembuhan selepas pembedahan.

6 tahun
Salam sejahtera.
Pembedahan tonsil adalah rawatan yang diberikan kepada pesakit yang mempunyai jangkitan tonsil berulang, tonsilitis kronik atau teruk, komplikasi akibat pembesaran dan beberapa penyakit tonsil luar biasa yang lain. Seperti mana-mana pembedahan, ia mempunyai risikonya yang tersendiri. Kesan-kesan sampingannya boleh disebabkan oleh ubat anastesia atau proses pembedahan dan ia boleh berlaku ketika pembedahan atau selepas pembedahan tersebut. Pesakit biasanya akan diberi ubat tahan sakit selepas pembedahan.
Selepas pembedahan, demam rendah boleh berlaku dan ini adalah biasa. Walau bagaimanapun, sekiranya demam berterusan atau menjadi tinggi, pesakit perlu diperiksa untuk memastikan ia bukan akibat jangkitan kuman.
Sebagai langkah selamat, tanda-tanda amaran selepas pembedahan tonsil yang memerlukan pemeriksaan lebih lanjut ialah: pendarahan, ketidakupayaan untuk minum atau makan, tanda-tanda dehidrasi seperti kekurangan kencing, demam tinggi, kesukaran bernafas dan kesakitan yang tidak boleh dikawal dengan ubat.