Anonymous
4 tahun
Kesan sampingan panadol
Saya remaja berusia 18 tahun . Saya kerap mengalami sakit kepala . Saya selalu menelan panadol setiap kali mengalami sakit kepala . Adakah terdapat kesan sampingan yang buruk jika saya kerap mengambil panadol?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa kesan sampingan ubat Panadol. Antaranya ialah:
- Loya
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Ruam
- Kegatalan
Walaupun beberapa simptom biasa terjadi, terdapat simptom yang lebih jarang berlaku.Jika anda mengalami sebarang simptom (samada disenaraikan di atas atau tidak), sila bercakap dengan doktor dengan segera. Anda juga perlu merujuk nasihat doktor jika mengalami pengaburan penglihatan atau ruam kulit.
Untuk maklumat lanjut anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.