
Sulit
3 tahun
Kesan sampingan selepas vaksin
Saya wanita berumur 36 tahun dan pesakit young hypertension.saya baru lepas menerima suntikan vaksin dose pertama pada 29.06.2021, sy mengalami kesan sampingan kelesuan dan sakit kepala.Namun sehingga hari ini, sakit kepala itu masih ada walaupun telah hampir 5 hari menerima suntikan. Adakah ia memudaratkan saya?

3 tahun
Salam Sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh kesan sampingan vaksin. Perkara ini adalah normal dan ia menunjukkan tindak balas vaksin bagi meningkatkan sistem imuniti badan.
Namun begitu, sekiranya gejala anda masih berterusan atau bertambah teruk, kami sarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk siasatan lanjut.
Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Harap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini