
Sulit
3 tahun
Kesan sampingan sinovac vaksin selepas 72 jam
Assalamualaikum doc…suami saya peroleh vaksin sinovac pada 20haribulan lalu…pada penerimaan vaksin dia hanya alami lenguh tangan…bermula 23haribulan selepas naik kerja dia mula ngadu sakit dada…hari berikutnya dia mengadu lenguh lenguh badan…dan pada 27haribulan dia mengadu sakit tekak dan sakit sakit badan…pada 28haribulan dia mula demam…adakah ini kesan daripada vaksin sinovac?adakah vaksin mempunyai kesan sampingan pada jangka masa panjang?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Mengikut penerangan anda, simptom-simptom yang dialami oleh suami anda adalah konsisten dengan kesan sampingan vaksin Sinovac. Vaksin tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi imuniti terhadap penyakit covid. Oleh itu, ia boleh menyebabkan gejala yang suami anda alami.
Namun, gejala suami anda boleh juga disebabkan oleh penyakit lain seperti jangkitan bakteria atau virus. Oleh itu, kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah suami anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini