
Sulit
3 tahun
Kesan sampingan sinovad
Saya lelaki berumur 25 tahun ada menghidap athsma dan gastrik. Selepas saya ambil dos pertama dan kedua vaksin sinovac sampai sekarang badan saya rasa lemah dan cepat letih. Kadang nak bernafas pun susah. Makan pun boleh jadi penat. Dos 2 pada 1/8 lepas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami tentang kebibangan anda terhadap efek samping vaksin Covid 19. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, antara kesan sampingan daripada vaksin Covid 19 adalah:
- Demam
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Cirit-birit
- Sakit di sekitar tempat cucuk
Untuk masalah badan rasa lemah dan cepat letih, ia boleh merupakan kesan sampingan daripada vaksin seperti yang saya nyatakan di atas. Namun begitu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini