
greenkidz1985
2 tahun
Kesan sampingan ubat kolesterol
Saya wanita 34thn, masih breastfeeding anak berumur 1thn 2bln dan mengamalkan pil perancang. Bacaan kolesterol adalah 7.32 dan sebentar tadi doktor memberi preskripsi ubat Rotaqor 20mg untuk saya. Soalannya, adakah ubat ini memberi kesan kepada anak disebabkan masih breastfeed ? Adakah kesan sampingan jika diamalkan makan bersama pil perancang?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan ubat Rotaqor adalah sebaiknya dielakkan semasa menyusu dan ia mungkin berinteraksi dengan pil perancang anda dan menyebabkan ia tidak efektif seperti yang diharapkan. Anda boleh berbincang semula dengan doktor anda mengenai ubat yang sesuai serta pil perancang yang bersesuaian dengan anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.