
dualipa248
5 tahun
Kesan sampingan ubat krisovin setelah pengambilan selama 7 hari
sy telah mengambil 7 biji ubat krisovin (tiap hari sebiji) namun sy seperti mendapat kesan sampingannya iaitu keletihan,pening kepala seharian,hilang selera makan,ketidak selesaan di sekitar lidah dan rasa ingin muntah juga.adakah boleh saya terus berhenti makan ubat tersebut?atau perlu teruskan juga?untuk makluman sudah 2 hari sy tidak meneruskan untuk makan ubat itu dan saya sudah boleh menerima makanan.namun pening kepala dan keletihan masih ada sedikit dan ketidak selesaan d lidah juga masih ada sedikit.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, Kesan sampingan ubat antifungal tersebut ialah:
- mual/loya dan muntah
- keletihan berlebihan
- sakit kepala
- sukar tidur
- ruam/ gatal
Terdapat beberapa kesan sampingan seperti sensasi pada lidah yang bukan merupakan kesan sampingan ubat tersebut. Kebiasaannya, kesan sampingan ini hanua bersifat sementara. Namun, memandangkan anda mempunyai kesan sampingan yang teruk, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor yang memberi preskripsi kepada anda untuk mendapatkan ubat alternatif kerana khuatir masalah fungal anda akan meneruk atau tidak pulih sepenuhnya jika anda tidak merawatnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.