
Sulit
4 tahun
Kesan Sampingan Ubat
Saya mengambil ubat epilim secara regular, dan sehari yang lepas saya mengambil ubat postinor-2. Adakah pengambilan epilim akan menjejaskan keberkesanan postinor-2 tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, setakat ini, belum ada data mengenai interaksi antara ubat daripada kategori sodium valproate tersebut dengan pil perancang kecemasan (morning after pill). Anda akan tahu pengambilan pil perancang kecemasan tersebut telah berkesan apabila anda mendapat haid seterusnya dan haid anda kelihatan normal.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih