
syazanarazi117
3 tahun
Kesan sampingan vaksin AZ
Saya baru amik vaksin dua hari yg lalu, kesan sampingan yg saya rasa demam muntah dah lemah itu normal. Tapi masuh hari ke 3 dada saya rasa mcm sempit. Mcm tak cukup nafas. Adakah normal? Atau perlu ke klinik? Saya ada asthma. Tp kalau asthma dia ada bunyi bila nak tarik nafas dalam2 kan. Tapi yang ini mcm sempit mcm nafas tak cukup sampai. Saya juga ada sejarah darah beku pada tahun 2019.
Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda telah mengambil suntikan vaksin AstraZeneca dan sedang mengalami gejala sesak nafas. Kami akan cuba membantu anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, gejala sesak nafas bukan antara kesan sampingan yang biasa dilihat dengan pengambilan vaksin AstraZeneca. Gejala ini boleh juga berpunca daripada beberapa perkara lain. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor bagi mendapatkan diagnosis yang tepat. Sekiranya, anda mengalami sesak nafas yang teruk, anda perlu segera mengunjungi hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami untuk mendapatkan konsultasi peribadi secara atas talian.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini