
Sulit
3 tahun
Kesan sampingan vaksin dos kedua pfizer
saya mengalami kesakitan dibahagian dada…

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kesan sampingan vaksin Pfizer yang biasa dilihat adalah seperti berikut :
- Demam
- Menggigil
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Sakit sendi/otot
- Keletihan
- Sakit dan bengkak pada tempat suntikan
Gejala sakit dada yang anda alami boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti yang berikut :
- Myocarditis
- Masalah jantung koronari
- Pleuritis
- Anxiety
Kami menyarankan anda untuk segera merujuk kepada klinik jika gejala anda bertambah teruk atau diikuti simptom-simptom seperti sesak nafas, demam tinggi atau bengkak kaki. Anda boleh menghubungi doktor kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini