
Sulit
3 tahun
Kesan sampingan vaksin sinovac yang saya ambil semalam
Saya lelaki berumur 25 tahun, semalam saya ada dapatkan vaksin sinovac dos ke 2. Balik dari vaksin petang tu saya terus sakit2 badan dan sakit kepala serta penat. Saya ambil paracetamol untuk legakan dan tidur. Saya rasa mungkin ni effect biasa. Ada satu lagi effect mata saya jadi pedih sejak semalam lepas balik dari vaksin sampai ke hari ni. Apa yang perlu saya buat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sesetengah penerima vaksin akan mengalami kesan sampingan dalam masa 1-2 hari tidak kesah dose pertama atau dose kedua. Kesan sampingan umum adalah:
- Sakit pada tempat suntikan
- Demam
- Sakit kepala
- Keletihan
- Menggigil
- Sakit otot atau sendi
- Loya dan muntah
Kesan-kesan ini boleh dialami sepanjang beberapa hari hingga seminggu, berbeza-beza untuk setiap individual. Selain itu, mata pedih juga adalah salah satu kesan sampingan yang kurang umum untuk penerima vaksin ataupun punca masalah mata seperti jangkitan dan kecederaan.
Jika gejala-gejala serta mata pedih anda alami ini tidak sembuh selepas satu minggu atau bertambah teruk, sila merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini