
Sulit
3 tahun
Kesan selepas menerima Pfizer
Saya seorang wanita berumur 44 tahun. Saya menerima Vaksin Pfizer pada 23/7/21. Selepas menerima Vaksin tidak apa-apa kesan sampingan. Tetapi selepas 11 hari iaitu pada 3/8/21 malam saya mula demam pada suhu 37.6…adakah ini normal apabila seorang menerima kesan sampingan selepas 11 hari?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Mengikut penerangan anda, simptom-simptom yang dialami oleh anda adalah konsisten dengan kesan sampingan vaksin Pfizer. Vaksin tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi imuniti terhadap penyakit covid. Oleh itu, ia boleh menyebabkan gejala yang anda alami.
Namun, gejala suami anda boleh juga disebabkan oleh penyakit lain seperti jangkitan bakteria atau virus. Oleh itu, kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini