
Anonymous
5 tahun
Kesan selepas pembedahan ectopic
Assalammualaikum & Hai.terima kasih kerana sudi membaca pertanyaan sy.sy pernah menjalani pembedahan ectopic pada bulan 12,tahun lepas secara czer.sekarang sy mengalamu sakit di bahagian ari-ari.sakit yg sama mcm masa kandungan luar rahim.sy dah pg ke klinik untuk pemeriksaan.upt test negetive & air kencing sy tiada bakteria.doktor klinik ada memberi penerangan tentang kesan selepas pembedahan.iaitu tisu/daging yg melekat.apakah faktor yg boleh menyebabkn tisu untuk melekat?& adakah cara permakanan yg perlu sy jaga selain dr makan ubat untuk mgelakkan bahagian ari-ari kembali sakit?.terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit air-air kiri dan kanan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ectopic pregnancy
- Jangkitan kuman di saluran kencing
- Radang usus
- Endometriosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.