
Sulit
3 tahun
Kesan sinovac & perlukah supplement semasa vaksin masih aktif membina imun dlm tubuh?
Saya berumur 30 tahun, pada 25 Julai yang lalu saya telah menerima suntikan vaksin Sinovac, dalam masa beberapa hari saya tidak mempunyai apa-apa gejala, seperti demam atau sebagainya, hanya merasa kebas di tmpt suntikan sahaja. Selepas 15 hari, saya tidak mengalami flu or fever, akan tetapi telinga saya tak terlalu peka utk mendengar dan tekak saya juga rasa kering meskipun sudah minum air berbotol2, degupan jantung laju, saya juga cepat merasa penat. Adakah ini tindak balas vaksin slps 15 hari? Dan tidak merbahayakah jika saya mengambil dos kedua dlm keadaan seperti ini? Dan perlukah pengambilan vitamin c dan supplement yg lain semasa vaksin masih sibuk membina imun di dalam tubuh?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Kesan sampingan vaksin berbeza mengikut individu.
Kesan sampingan Vaksin akan pulih dan bertambah baik dengan masa.
Terdapat beberapa simptom bahaya yang perlu diambil berat.
- Sakit kepala yang teruk dan berlarutan
- pengsan atau sawan
- Sakit pada bahagian perut yang teruk dan berlarutan
- Sakit dada yang berlarutan
- Kaki bengkak
- Sesak nafas yang teruk dan berpanjangan
Sila rujuk kepada doktor atau ke hospital segera jika mengalami gejala ini.
Kebaikan vitamin c dalam membina imun memang ternyata.
Anda disarankan untuk mengambil dos kedua untuk membina imun diri daripada Covid-19.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini